Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Maal Hijrah: Hijrah yang Praktikal Terzahir pada Kehidupan

Hijrah Aspirasi Kekuatan Ummah

Bangi, 16 Oktober – Hijrah seharusnya bukan sekadar teori tapi yang lebih utama hijrah yang praktikal yang terzahir pada kehidupan, kata penceramah jemputan Program Maal Hijrah ISMA, Ustaz Mohd Suhail bin Mohd Sufian, ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS)

Bertempat di Surau Al-Amirin, Bandar Baru Bangi baru-baru ini, Ustaz Suhail yang juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menceritakan pada peringkat awal hijrah Nabi tidak pernah merancang untuk keluar berhijrah, melainkan selepas semua cara usaha dakwah nabi kepada penduduk Mekah rombongan pedagang yang berziarah ke Kaabah terhalang.

Menurutnya, “Rasulullah SAW jauh dari mengenal erti putus asa. Pada tahun kesepuluh kenabian, Nabi mengatur strategi mencari tapak untuk dakwah baru bagi menyelamatkan kekuatan umat iaitu dakwah kepada Allah.”

Ustaz Suhail juga menceritakan secara ringkas bagaimana berlaku hijrah ke Yathrib (sekarang dikenali sebagai Madinah) yang bermula dengan hanya enam orang pemuda dari Yathrib yang menerima kalimah syahadah ketika nabi berdakwah di Mekah dahulu.

“Hijrah nabi adalah suatu yang sangat kritikal dan utama dalam Islam sehinggakan orientalis cuba sedaya mungkin untuk menggambarkan hijrah nabi sebagai tanda kelemahan umat Islam di awal penyebaran Islam.

“Sebaliknya hijrah Rasulullah SAW bukti kekuatan dakwah umat yang penuh dengan ibrah fiqh dan berstrategi dalam dakwah. Hal ini dikaji secara mendalam oleh tokoh-tokoh Islam dan barat termasuk saintis Islam terkenal; Dr. Raghib Sarjani.

Ustaz Suhail mengajak hadirin untuk melakukan refleksi dalam kehidupan sebagai umat Islam iaitu keperluan bagi umat Islam bukan sahaja berstrategi dalam menyusun kehidupan sendiri namun umat Islam juga perlu berstrategi dalam mengangkat syariat dan cara hidup Islam. Tambah beliau, umat Islam juga perlu bermuhasabah untuk memastikan hati sentiasa dekat dengan Allah sebagaimana generasi awal muhajirin yang begitu dekat hati dan jiwa mereka dengan Allah.

“Sebaik mana pun strategik dan perancangan, kejayaan hanya akan berlaku dgn pertolongn n izin Allah.”

Ustaz Suhail di akhir ceramahnya menyeru para hadirin untuk memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah untuk dikurniakan kekuatan untuk menyampaikan dakwah Islam di samping jangan lupa meneruskan mujahadah kerana ia merupakan nilai utama dalam menggerakkan kerja-kerja Islam.

Oleh
Media BIDAK ISMA DHL
Siti Nor Fatihah binti Zulkifli

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online