Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Minat Futsal Menjalinkan Persahabatan

photo_2016-04-05_15-52-07

Oleh Mohd Amal Asrol

JENDERAM, Khamis -Pemuda dari Pusat Komuniti Isma Sepang mengadakan perlawanan futsal bersama dengan pemuda-pemuda dari kawasan Jenderam. Perlawanan ni bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah islamiah menerusi minat terhadap futsal di samping memenuhi tuntutan syariat untuk menjaga kesihatan fizikal, mental dan rohani.

“Yang aku mahu dengan ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan aqidah. Aqidah adalah seerat-erat dan semahal-mahal ikatan. Ukhuwwah adalah adik beradik iman. Perpecahan adik-beradik kufur. Kekuatan pertama ialah kekuatan kesatuan. Tiada kekuatan tanpa kasih sayang. Kasih sayang paling minima ialah berlapang dada dan kasih sayang paling maksima ialah tahap ithar (melebihkan orang lain dari diri sendiri)” [Hasan Al-Banna]

photo_2016-04-05_15-51-59

Mengambil iktibar dari kata-kata Hasan Al-Banna, Pemuda Pusat Komuniti Isma Sepang berharap perlawanan futsal ini akan seterusnya menjadi muqaddimah kepada ikatan yang lebih erat dengan pemuda-pemuda dari Jenderam.

Perlawanan futsal tersebut berlangsung di padang futsal Jenderam jam 9 malam, Khamis, 31 Mac 2016 yang dihadiri lebih dari 20 orang pemuda. Kemenangan telah berpihak kepada pasukan futsal pemuda Jenderam. Perlawanan persahabatan ini rentetan pertemuan dengan saudara Fazhan dan Apit semasa program Biro Dakwah Isma cawangan Hulu Langat dan Masjid Ar-Ridho, Jenderam yang lepas.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online