Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

‘Muslim moderat’ helah Barat pecah belah umat Islam

 

851308317_132830_11815406664685054765

 

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Isnin – Penambahan istilah penggunaan Islam moderat terhadap sifat orang Islam itu dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia dan tidak perlu.

Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim berkata, ini berikutan Muslim itu sendiri secara peribadinya adalah moderat.

“Moderat itu berada di tengah-tengah di antara dua penghujung spektrum. Maka itulah ciri-ciri seorang Muslim.

“Jadi, kalau ditambah istilah moderat yang bermakna dengan makna yang sama, ia bermaksud pengulangan. Kita menyebut perkara yang sudah disebut,” katanya pada forum Sudut Pandang yang bertajuk “Siapa Muslim Moderat?” di sini, malam tadi.

Syed berkata, Imam Razi dalam kitabnya menekankan bahawa kalimah wasat itu sendiri bukan bermaksud tengah-tengah sebaliknya ia bermakna yang terbaik.

“Sesuai dengan ayat-ayat lain yang mengangkat umat ini sebagai umat yang terbaik. Umat ini sebagai syuhada a’lan nas (mengurus umat lain),” katanya.

Bercakap lanjut perkara itu, beliau berkata isu Islam moderat ini dianggap sebagai satu ancaman besar kepada umat Islam di Malaysia.

“Kita perlu masuk dalam ruangan awam yang telah dicemar, sucikan semula ruangan awam itu,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PKR, Radzlan Jalaluddin berpendapat bahawa penggunaan Islam moderat itu sebagai muslihat golongan Barat yang mahu memecah belahkan orang Islam.

Malah katanya, Islam itu sebagai agama yang mengamalkan kesederhanaan dan tidak perlu dilabel dengan sebarang istilah seperti moderat, progresif atau hadhari.

“Saya tidak bersetuju dengan label Islam moderat ini kerana ia hanya mainan Barat. Bila ada moderat, dia akan ada yang bertentangan dengannya seperti ekstremis.

“Istilah Islam atau Muslim moderat ini bukanlah daripada Islam kerana Islam itu sendiri sudah memang mengamalkan kesederhanaan,” katanya.

Forum yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Ustaz Ibrahim M.Hasan telah dihadiri oleh lebih 30 peserta.

 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/04/muslim-moderat-helah-barat-pecah-belah-umat-islam/

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online