Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Menutup Aurat dan Menjaga Adab Cermin Keimanan Seorang Muslim

photo1633857555245646

BANGI, 17 April – “Menutup aurat dan memakai pakaian yang patuh syariat melambangkan keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah sw.t,”jelas Ustazah Nur Fatin Halil dalam usrah wanita semalam.

Dalam surah Al-A’raf ayat ke-26, Allah s.w.t berfirman,

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Hal itu adalah sebagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”

Namun demikian, ada juga sesetengah wanita muslim yang mengatakan tidak wajib menutup aurat asalkan hati mereka baik.

Menurut Ustazah Nur Fatin, golongan ini memandang ringan suruhan Allah s.w.t dan mereka ini sebenarnya mendefinisikan baik menurut hawa nafsu mereka sahaja.

“Salah faham sebeginilah yang sedang melanda masyarakat yang beragama Islam di Malaysia sekarang,”ujar beliau lagi.

Selain itu, terdapat juga adab-adab dalam keluarga yang harus diikuti iaitu meminta izin untuk memasuki bilik ibu dan ayah pada waktu-waktu tertentu.

Dalam Al-Quran, surah An-Nur ayat 59, Allah s.w.t berfirman:

Apabila anak-anakmu telah dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin seperti orang-orang yang lebih dewasa meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayatNya kepadamu. Allah Maha Mengetahui ,lagi Maha Bijaksana.

Tambah Ustazah Nur Fatin lagi, adab-adab sebegini kadang-kadang dipandang ringan oleh sebahagian ibu bapa.

Tapi apabila kita melihat runtuhnya institusi keluarga sekarang, kita patut berfikir dan sedar bahawa Allah s.w.t telah memberi panduan yang cukup berguna kepada kita untuk membentuk keluarga Islam sejati.

Usrah wanita ini diakhiri dengan jamuan makan bagi meraikan hadirin yang hadir dan bagi mengeratkan ikatan ukhuwah sesama muslimat di kejiranan Apartment Bangi Idaman.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online