Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Palestin Pusat Pemerintahan Islam Menjelang Akhir Zaman

Oleh Siti Saleha Sofian Suri

KAJANG, Khamis – Palestin adalah pusat pemerintahan Islam sewaktu Islam kembali menang pada akhir zaman nanti – kata Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan, Pegawai Eksekutif Biro Dakwah ISMA (BIDAK) sewaktu menyampaikan syarahan bertajuk Petunjuk Perjuangan Akhir Zaman menurut Surah Al-Israa’ di Surau Al-Falah, Kampung Bukit Dukung di sini, malam tadi.

image

Beliau dalam ceramah tersebut turut menceritakan kisah-kisah berkaitan Yahudi dan Dajjal berdasarkan dalil Al-Quran, hadis dan juga kata-kata tabi’in.

– Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Pintu Ludd seperti yang disebut dalam Surah Al-Israa’- kata beliau lagi sambil menunjukkan gambar tempat tersebut yang kini menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Israel.

Ustaz Ahmad Nu’man dalam syarahan penutupnya turut menyeru para hadirin untuk sama-sama berusaha ke arah kebangkitan semula Islam kerana kemenangan tersebut bukanlah datang secara ajaib namun mengikut sunnah Allah.

Syarahan tersebut dihadiri kira-kira 100 orang penduduk Kampung Bukit Dukung yang tekun mendengar sehingga selesai majlis tersebut.

image

Ia merupakan siri pertama bagi siri Ceramah Israk Mikraj sempena sambutan ulang tahun peristiwa Israk Mikraj tahun ini.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online