Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Israk Mikraj Petunjuk Pentingnya Palestin kepada Umat Islam

image

BANGI, Khamis – “Hikmah peristiwa Israk Mikraj adalah pentingnya Masjid Al-Aqsa dan Palestin bagi umat Islam”, kata Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim, ahli Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) dalam siri Ceramah Isra’ Mikraj bertajuk ‘Petunjuk Perjuangan Akhir Zaman menurut Surah Al-Israa” di Surau Amirin, Seksyen 4 di sini, malam tadi.

Tambah beliau lagi, perkara ini dapat dilihat pada cara Isra’ Mikraj itu sendiri yang mana baginda diperjalankan terlebih dahulu ke Masjid Al-Aqsa dan bukannya terus diangkat ke langit walhal Allah SWT Maha Berkuasa untuk berbuat demikian.

Ustaz Syed Ahmad Israa’ turut menceritakan secara terperinci tafsiran ayat-ayat di awal Surah Al-Israa’ yang berkaitan dengan akhir zaman dan perkaitan rapat antara dua kerosakan seperti yang disebut dalam ayat 4 surah tersebut.

Pada akhir ceramah, beliau telah memberi kesimpulan penting untuk dihayati bersama, “Kemenangan umat Islam yang dijanjikan Allah ke atas kerosakan kali kedua oleh kaum Yahudi pada zaman ini hanya boleh dicapai dengan berusaha menjadi seperti umat Islam yang telah menang ke atas kerosakan kali pertama ketika zaman Rasulullah SAW.”

image

Ceramah ini yang dihadiri kira-kira 60 orang muslimin dan muslimin dari sekitar Bangi adalah siri kedua bagi Siri Ceramah Isra’ Mikraj anjuran Biro Dakwah ISMA (BIDAK) cawangan Hulu Langat.

Siri-siri ceramah seterusnya dijadualkan akan diadakan pada setiap malam sepanjang minggu ini di surau-surau sekitar Bangi, Sepang dan Jenderam Hilir.

 

 

Oleh: Siti Saleha Sofian Suri

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online