Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Palestin Suatu Kemenangan yang Dijanjikan

IMG_20160523_124709Oleh: Siti Saleha Sofian Suri

SEPANG, Khamis – “Palestin dan Masjid Al-Aqsa sungguh mulia kerana ia adalah batu tanda kemenangan umat Islam.” Tegas Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim, ahli Majlis Ulama Isma (MUIS) sewaktu menyampaikan ceramah bertajuk ‘Petunjuk Perjuangan Akhir Zaman Menurut Surah Al-Israa’ di Kolej Teknologi Timur, Salak Tinggi di sini, malam ini.

Syarahan beliau mengupas Surah Al-Israa’ dari ayat satu hingga tujuh menurut tafsiran ulama’ yang menyebut tentang kerosakan kali kedua oleh bangsa Yahudi kepada umat Islam zaman ini sepertimana yang pernah berlaku dalam kerosakan kali pertama oleh bangsa tersebut ketika zaman Rasulullah SAW.

Tambah beliau lagi, “Dendam kekalahan dalam Perang Khaibar pada zaman Rasulullah SAW masih membara dalam jiwa mereka sehingga sekarang dan kerana itulah, tentera Palestin menggunakan slogan yang menyebut tentang perang Khaibar sewaktu memerangi mereka.”

Ceramah ini merupakan siri Ceramah Israk Mikraj anjuran Biro Dakwah Isma (BIDAK) cawangan Daerah Hulu Langat bagi menyambut dan mengambil iktibar daripada peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh Rasulullah SAW.

Majlis ilmu ini dihadiri lebih 60 orang muslimin dan muslimat yang rata-ratanya adalah pelajar kolej tersebut.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online