Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Klinik Al-Fatihah Penyeri Sambutan Kemerdekaan

Oleh: Siti Saleha binti Sofian Suri

BANGI, Rabu – Suasana pagi hari pada tarikh kemerdekaan Malaysia tahun ini disambut lebih meriah dengan bacaan Al-Quran yang diperdengarkan oleh pengunjung Tasik Cempaka dalam Kempen Jom Baca Al-Quran di sini, Rabu lalu.

photo_2016-09-03_19-25-52

Kempen ini yang disertai oleh lebih 50 orang pengunjung taman rekreasi tersebut menyaksikan para peserta meluangkan masa memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing sambil diperbetulkan oleh beberapa orang aktivis Isma yang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Kempen anjuran Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan rujukan asas umat Islam iaitu Al-Quran di mana peserta bukan sahaja berpeluang diperbetulkan bacaan Al-Quran mereka malah diberikan penjelasan tentang kepentingan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan harian seorang Muslim.

“Kami sangat mengharapkan program ini dapat mendekatkan kembali masyarakat kepada penghayatan Al-Quran dalam kehidupan,” tegas Ketua Biro Dakwah Isma cawangan Hulu Langat, Ustaz Zaizul dalam satu temubual sambil mengajak masyarakat untuk bersua lagi dalam siri klinik Al-Quran yang seterusnya.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online