Klinik Al-Fatihah Siri 2 tarik pengunjung Taman Tasik Cempaka

15740773_10154317874881902_8609104553766466951_n

 
BANGI, Isnin – Cuti umum Isnin baru ini telah dimanfaatkan oleh pengunjung Taman Tasik Cempaka dengan menyertai Kempen Jom Baca Al-Quran siri kedua yang telah dianjurkan oleh Indahnya Islam dengan kerjasama Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Hulu Langat.

Kempen ini rata-rata telah disertai oleh lebih 30 orang pengunjung taman rekreasi tersebut menyaksikan para pengunjung meluangkan masa dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran masing-masing sambil diperbetulkan oleh beberapa orang ustaz dan ustazah yang mahir dalam bacaan Al-Quran.

Kempen ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat dengan rujukan asas umat Islam iaitu Al-Quran di mana peserta bukan sahaja berpeluang diperbetulkan bacaan Al-Quran mereka malah diberikan penjelasan tentang kepentingan penghayatan Al-Quran dalam kehidupan harian seorang Muslim.

“Kami sangat berharap agar masyarakat sebenarnya kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan sentiasa mengamalkan isi yang terkandung di dalam kitab tersebut” tegas Ketua Kempen Jom Baca Al-Quran pada Siri Kedua ini, Encik Aulia Rahman dalam satu temubual sambil mengajak masyarakat untuk bersua lagi dalam siri Kempen Jom Baca Al-Quran yang seterusnya.

Oleh: JK Media Biro Dakwah Isma DHL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *