Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Rosak Akhlak Anak Jika Ibu Tidak Berilmu

photo_2017-02-06_23-06-53

Puan Shazamawati menyampaikan tazkirah dalam Usrah Wanita

BANGI, 3 Jan – Ilmu keibubapaan usah ditunggu sehingga selepas berkahwin terutamanya ilmu mendidik anak ataupun dikenali sebagai tarbiyatul aulad.

Begitu jelas disebut oleh Puan Shazamawati dalam Usrah Wanita di Taman Nadayu 92, Kajang selain banyak membincangkan permasalahan umat hari ini seperti Lesbian, Gay, Bitransksual, Trasnseksual LGBT) dan sebagainya.

“Kita harus menanamkan ilmu untuk mengenalkan anak-anak kepada Allah melebihi daripada ilmu-ilmu lain kerana ilmu itu adalah wajib dan sangat dituntut dalam jiwa anak-anak yang masih suci dan bersih daripada segala dosa”.

Salah seorang hadirin yang hadir yang juga merupakan seorang peguam di Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, meluahkan kebimbangannya kerana terlalu banyak menerima aduan berkaitan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa seperti sexual grooming, pedofilia dan sebagainya.

Terdapat juga NGO seperti SIS dan individu seperti Siti Kassim yang menyimpang daripada landasan Islam yang sebenar kerana mereka memperjuangkan hak-hak wanita yang melampaui batas dengan menggunakan dalil al-Quran yang ditafsir mengikut hawa nafsu mereka sendiri.

Dan satu perkara yang membimbangkan ialah agak ramai wanita yang berkerjaya dan berpangkat tinggi sekarang ini adalah pengkid ataupun wanita yang berlagak seperti lelaki. Mereka kononnya bertindak sebagai suami dan bapa dan berusaha menuntut hak kepada wanita yang mempunyai masalah rumah tangga.

Sebagai penutup, Puan Shazamawati menggesa wanita-wanita di luar sana untuk terus menuntut ilmu terutamanya dalam mendidik anak mengenal Allah sejak kecil kerana hanya pegangan agama yang kuat yang akan menjadi benteng bagi mereka dalam menongkah arus kehidupan yang semakin banyak cabarannya.

Usrah wanita kali ini diadakan di rumah salah seorang ahli usrah yang diadakan secara santai sambil berkenal-kenalan antara ahli ISMA dan penduduk di Taman Nadayu 92.

Tagged with:

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online