Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

AGMC: Sedekad Melakar Sejarah

Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan

CYBERJAYA, 12 Feb- Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan (AGMC) ISMA Hulu Langat Kali ke 5 julung-julung kali diadakan dengan kehadiran ahli seramai 150 orang termasuk pemerhati.

photo_2017-02-12_22-49-34

Bertemakan ‘Sedekad Melakar Sejarah’, ISMA Hulu Langat telah melepasi satu dekad pencapaian. Selama 10 tahun ini banyak jatuh bangun yang telah dirasai oleh para penggerak dan pemacu ISMA DHL bagi memastikan amal dakwah Islam sentiasa berkembang dan dikenali masyarakat umum.

AGMC pada kali ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, Naib Presiden I ISMA. Memetik ucapan beliau, “Jika kita tidak rasai ancaman dari musuh-musuh Islam yang berlaku hari ni, persediaan kita untuk melawan musuh adalah tidak setara mana.”

photo_2017-02-12_23-03-58

Menyentuh perihal peranan seorang daie, beliau menyifatkan, mereka yang tidak membuat persediaan yang rapi ini terlalu berada di zon yang selesa sehingga musuh-musuh dengan mudah dapat mengalahkan umat Islam tanpa disedari.

Mesyuarat yang diadakan di Kelab Komuniti Cyberjaya ini dimulakan dengan aktiviti riadah seperti futsal, badminton, renang dan aerobik. Acara-acara sempena AGMC ini telah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.

Selama mesyuarat berlangsung, pemilihan barisan AJKC yang perlu diundi terlalu sengit sehingga beberapa kali undian perlu dibuat bagi memilih calon yang terbaik.

photo_2017-02-12_22-49-51

Mesyuarat ini diakhiri dengan ucapan penangguhan dari YDP ISMA DHL yang baru dilantik bagi sesi 2017/2018, Encik Mohd Azib bin Asmangi.

Beliau berkata, “Persaingan sengit dalam pengiraan undi menunjukkan kita tidak ketandusan calon untuk memimpin pada masa akan datang.”

photo_2017-02-12_22-48-59

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online