Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Hiburan SUPER Manfaat?

Sumber: abc.ne.au

Sumber: abc.ne.au

Dalam Islam, setiap perkara yang dilakukan mesti ‘super manfaat‘. Apa saja yang kita buat, kita mesti pastikan perkara itu membawa kebaikan sama ada kepada diri kita, atau orang lain, atau seluruh alam ini. Hal ini selaras dengan konsep rahmatan lil alamin.

Begitu juga dengan hiburan. Muslim yang sihat akalnya dan subur imannya hanya akan memilih hiburan yang bermanfaat. Mana tidaknya, selain dapat mengurangkan tekanan dan kepenatan, kita dapat menambah ilmu, menyubur cinta pada Islam dan menyampaikan mesej dakwah. Orang yang dirinya kerap bergaul dengan elemen positif akan selalu membawa aura positif.

Walau bagaimanapun, elemen ‘super manfaat’ ini agak relatif sifatnya. Seorang mufti tidak perlu mendengar lagu cinta muda-mudi Islami, kerana beliau cukup dengan alunan ayat al-Quran, lalu semangatnya kembali kuat dan bangun beramal.

Adapun rakyat marhaen yang tidak memahami bahasa Arab, mereka mungkin tidak tergugah dengan bacaan al-Quran Syeikh Masyari Rasyid Al-Afaasi. Rakyat marhaen perlu pada bentuk hiburan yang lebih ringan, seperti lagu Sumayyah, Ojo Kelalen dan Hikmah Kembara. Selagi semua hiburan ini mengingatkan kita kepada Tuhan, maka ia bagus dan terpuji. Jika tidak membawa kepada ingatan pada Tuhan, maka ia perlu ditinggalkan.

Bagi kanak-kanak Islam, hiburan yang paling (super) memberi manfaat adalah hiburan yang mengasimilasikan mereka dengan Tauhid, agar mereka cinta pada agama ini. Lagu yang sesuai untuk mereka adalah Puji-Pujian dan 25 Rasul. Manakala bagi pemuda Islam, mereka perlu kepada lagu Syahadah Rabaah, Rijal Al-Qassam dan Salahuddin Al-Ayubi (Mestica).

Selain karakter ‘super manfaat’, Islam juga menekankan agar kita menjaga batas halal-haram. Jika terdapat elemen haram dalam sesuatu hiburan, contohnya pergaulan bebas antara lelaki-perempuan, maka hiburan itu terus tidak diterima. Hal ini kerana secara dasarnya, Muslim tidak boleh berkompromi dalam hal-hal yang menderhaka kepada Tuhan.

Itulah dua ciri utama hiburan Islam, iaitu ‘super manfaat’ dan menjaga halal-haram. Dua elemen ini cukup untuk menjadi unsur dakwah kepada orang bukan Islam. Mereka pasti kagum dengan Islam yang memelihara umatnya dari melakukan sesuatu yang sia-sia walaupun sebentar. Dan hiburan yang mempunyai dua elemen inilah yang sepatutnya dinamakan sebagai ‘nasyid’.

Coretan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Wartawan Ummah,
BILAL JAILANI
Pengarah Kelab Remaja ISMA
Cawangan Hulu Langat

Tagged with:

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online