Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Disiplin Diri Tundukkan Pandangan

 

Sambutan hangat pelajar Sekolah Sultan Alam Shah

Sambutan hangat pelajar Sekolah Sultan Alam Shah

 

Disunting oleh Syaza Syazwan

PUTRAJAYA, 18 April- “Keinginan seksual itu umpama harimau lapar yang sedang tidur. Apabila harimau itu bangun, ia akan menerkam. Maka setiap daripada kita perlu menjauhi segala sesuatu yang mengejutkan harimau itu.” Berkata Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Hulu Langat, Ustaz Bilal Jailani kepada 300 orang pelajar Sekolah Sultan Alam Shah (SAS), Putrajaya.

Beliau berkata demikian di dalam program “Katakan TIDAK Pada Zina” anjuran pihak sekolah sempena Minggu Cinta Rasul 2017. Dalam program itu, pelajar didedahkan tentang bahana seks bebas dari sudut agama dan kesihatan selain beberapa teknik untuk mengelak jerangkap samar zina.

“Benteng pertahanan paling ampuh adalah Ghadul Basor (tabiat menundukkan pandangan). Ghadul Basor murujuk kepada kekuatan menahan diri dari merasa lazat pada ransangan seksual, sama ada gambar lucah (pornografi), remaja comel mahupun orang dewasa yang mencolok mata,” tegas Bilal.

Semasa berlangsungnya ceramah Katakan "Tidak" Pada Zina

Semasa berlangsungnya ceramah Katakan “Tidak” Pada Zina

Dalam program ini, pelajar SAS diberi peluang menunjukkan bakat melukis dengan menterjemahkan ekspresi wajah bayi yang marah dan kecewa kerana dibuang dalam tong sampah. Ia bertujuan untuk menguji sensitiviti remaja terhadap isu pembuangan bayi.

Istimewanya, program kali ini menyaksikan pelancaran zine remaja berjudul ‘Takematachi’ yang julung kalinya diterbitkan oleh KRIM Hulu Langat. Takematachi (asalnya ta-ke-ma-ta-ci) adalah akronim kepada pepatah Melayu “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Pelajar yang mengisi borang keahlian KRIM pada malam itu menerima senaskhah komik secara percuma.

Nantikan doodle istimewa Saudara Ahmad Irfan dalam Takematachi Isu 002

Nantikan doodle istimewa Saudara Ahmad Irfan dalam Takematachi Isu 002

Di akhir program, seorang pelajar tingkatan tiga, Ahmad Irfan Syafiq sempat menyumbang karya untuk dimuatkan di dalam versi Takematachi seterusnya. Hal ini menjadikan program kali ini benar-benar istimewa.

“Pihak KRIM Hulu Langat amat terharu dengan sambutan hangat dari warga SAS. Majulah SAS untuk agama, negara dan dunia!” Ucap Bilal mewakili KRIM Hulu Langat.

 

 

Related Articles

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online