Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat

Isteri bekerja juga berhak diberi nafkah

sfw2

BANGI, 15 Okt – “Seorang isteri itu wajib diberi nafkah selagi dia menjalankan tugasnya sebagai isteri iaitu melayani suami dengan sempurna dan mempunyai sifat keterikatan seorang isteri terhadap suaminya yang dapat diperhatikan melalui adab meminta izin dengan suami.”

Begitu, jelas Ustazah Nur Fatin Halil ketika menerangkan tentang fiqh nafkah terhadap seorang isteri. Oleh sebab itu, seorang isteri yang keluar rumah tanpa meminta izin suami dikira nusyuz dan tidak layak mendapat nafkah daripada suami.

Majlis fatwa telah bersetuju bahwa hukum wanita bekerja ialah harus. Namun terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi iaitu, tidak mengabaikan tanggungjawab asasi sebagai seorang isteri atau ibu, menjaga imej sebagai seorang muslimah apabila bekerja atau keluar rumah, menjaga pergaulan dengan rakan sekerja dan wajib meminta izin daripada suami bagi yang telah berkahwin.

Satu keuntungan buat ummah apabila seseorang itu wanita berpendidikan tinggi, mempunyai ilmu, dan bekerja sehingga memandu masyarakat kepada kejayaan Islam. Malah, seorang isteri seperti ini akan melahirkan generasi baru yang bijak dan mengamalkan Islam dengan baik.

Beliau yang merupakan ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) juga menasihati isteri supaya mempunyai ilmu dalam hak mendapat nafkah supaya tidak teraniaya oleh suami.

“Duit belanja dapur berbeza dengan nafkah terhadap isteri kerana ia akan digunakan untuk membeli makanan bersama suami dan anak-anak. Nafkah untuk isteri haruslah dikhususkan untuk isteri sahaja.”

Begitu juga dengan bil-bil elektrik, air dan sebagainya haruslah menjadi tanggungjawab suami. Jika isteri tidak redha dengan duit yang diberikan, maka ia dikira hutang dan suami wajib membayar balik segala duit yang digunakan oleh isteri. Tuntutan ini juga boleh dibawa ke mahkamah jika berlaku perceraian.

“Seorang suami juga tidak boleh meringankan tanggungjawab untuk memberi nafkah walaupun isterinya mempunyai gaji yang lebih tinggi daripadanya. Namun, kerelaan isteri untuk berkongsi duit gajinya dalam perbelanjaan keluarga dianggap sebagai satu sedekah yang amat besar pahalanya.

Sebagai penutup, Ustazah Nur Fatin mengingatkan para peserta seminar supaya banyakkan perbincangan atau komunikasi dan tolak ansur antara suami isteri kerana ia adalah kunci utama untuk mewujudkan sakinah, mawaddah warahmah dalam sebuah keluarga muslim.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Kami

No. Telefon: 011-37394535

Website: http://ismadhl.com

Emel: syed.zahirudin@gmail.com

Google+

Ikuti Kami

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online