»

24/10/2017 – 7:57 AM |

 
BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun …

Read the full story »

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Berita Terkini, Berita Utama

Rancang kewangan demi masa depan keluarga

Submitted by on 24/10/2017 – 7:57 AMNo Comment

sfw

 

BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun mempunyai hutang yang perlu dilunaskan.”

Begitu, jelas Puan Mastura Mohd ketika menyampaikan slot Pengurusan Kewangan semasa Seminar Fiqh Wanita semalam.

Beliau yang juga merupakan Chief Finance Officer kepada syarikat agensi EZAZ Wealth Management & Consultancy Sdn Bhd dan juga merupakan calon Shariah Registered Financial Planner 2017 turut berkongsi tips menyimpan wang bagi yang peserta yang masih bujang dan para isteri.

Beliau menasihati para peserta seminar yang hadir supaya mencontohi Nabi Yusuf yang bijak merancang ekonomi negara dengan mengambil kira zaman senang, zaman gawat dan zaman menuai.

Zaman senang ialah zaman kita berasa selesa dengan kehidupan sehingga duit gaji digunakan tanpa perancangan yang betul.

Manakala zaman gawat ialah zaman kita diuji dengan keadaan ekonomi yang merudum kerana menanggung kos kerugian dan sebagainya.

Zaman menuai pula ialah zaman kita dapat hidup dengan selesa tanpa risau dengan duit simpanan yang ada.

“Berapa ramai di antara kita yang boleh menentukan sendiri tahun persaraan kita? Oleh itu, dengan menabung dan melaburkan duit simpanan adalah cara terbaik untuk kita menuai hasil daripada simpanan kita selama ini.”

Jelas beliau lagi, perbincangan dengan suami sangat penting dalam perancangan kewangan keluarga kerana ia seharusnya mengikut kemampuan suami dan pada masa yang sama, seorang isteri haruslah memberi sokongan moral kepada suami untuk lebih berusaha mencari rezeki.

Jika seorang isteri sudah bekerja, dia juga patut diberi nafkah, manakala duit gaji yang diperolehi jika dibelanjakan untuk keluarga dan menolong suami, ia dikira sedekah yang sangat besar pahalanya.

Seminar Fiqh Wanita yang menyentuh isu nafkah dan kewangan ini berjaya memberi info dan input yang positif kepada wanita yang buntu dalam mengurus dan menjana kewangan dengan bijak.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.