»

24/10/2017 – 7:57 AM |

 
BANGI, 15 Okt – “Malaysia menduduki tempat pertama dalam kedudukan negara yang mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan yang tinggi di kalangan negara-negara membangun. Ini menunjukkan mentaliti rakyat Malaysia yang gemar berbelanja lebih dari kemampuan walaupun …

Read the full story »

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Makluman mengenai program dan aktivti ISMA DHL serta serba sedikit berita-berita mengenai ahli ISMA DHL.

Perutusan, ucapan dan penulisan daripada Ahli Jawatankuasa ISMA DHL.

Galeri foto aktiviti dan program ISMA DHL.

Rencana bermanfaat hasil penulisan ahli-ahli ISMA yang menyentuh pelbagai aspek.

Home » Aktiviti, Komuniti

Muslimah Bersukan Bentuk Peribadi Hebat

Submitted by on 28/11/2017 – 1:35 PMNo Comment

KAJANG, 19 November- Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan untuk beribadah kepada Allah dengan sempurna, malah ia dapat mewujudkan persaingan yang sihat dan menjalin ukhuwah yang lebih erat.

Begitu jelas Dr. Norsaleha Mohd Salleh, Ketua Wanita ISMA sewaktu merasmikan Kejohanan Bowling anjuran Wanita ISMA cawangan Hulu Langat dan Beliawanis PEMBINA baru-baru ini.

Kejohanan bowling yang mendapat penyertaan dari Wanita ISMA, kakitangan Hospital Az Zahra, belia dan komuniti muslimat dengan tema “Fit For Ummah” itu telah disertai oleh 10 kumpulan yang mewakili syukbah-syukbah (kawasan) ISMA Hulu Langat iaitu daripada Putra Mahkota, Sungai Tangkas, Bangi Sentral (Bangi Seksyen 6,7,8, dan Serdang), Bangi Seksyen 2,3,4 dan 5, dan Sepang. Selain itu, kejohanan ini juga menarik perhatian dari Shah Alam.

Terdapat juga penyertaan daripada kakitangan Hospital Az Zahra, belia dan komuniti muslimat di kawasan berhampiran. Kumpulan Az Zahrah telah memenangi tempat pertama dan menerima hadiah berupa wang tunai RM 300 beserta hamper manakala naib johan  dimenangi kumpulan Wirawati, wakil dari Seksyen 2,3,4 dan 5. Tempat ketiga pula diduduki oleh Muslimah Jenderam dari wakil Sepang. Saudari Nadia dari kumpulan Wirawati telah dinobatkan sebagai pemain terbaik dengan jatuhan pin terbanyak.

Selain itu, syukbah Sepang telah dinobatkan sebagai syukbah terbaik kerana memenuhi syarat-syarat pertandingan iaitu berpakaian menutup aurat, semangat berpasukan yang tinggi dan pesertanya terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Kejohanan bowling yang berlangsung pada 19 November lalu di Ampang Superbowl, Kompleks MetroPoint Kajang itu bukan sahaja dapat mempromosikan gaya hidup sihat dan ceria dikalangan muslimah malah dapat mengeratkan hubungan sesama ahli komuniti.

 

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.