BKM dan Wanita Isma Hulu Langat Anjur Program Khas untuk Keluarga Duat

BANGI, 11 Feb – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) dan Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Hulu Langat berjaya menganjurkan program Kami Suami Isteri Hebat (KASIH 2018) dengan tema Keluargaku Pewaris Syurga.

Program yang berlangsung di Bangi Gateway itu telah diadakan khas untuk para suami dan isteri duat yang memainkan peranan besar di dalam keluarga dan masyarakat. Oleh itu, program ini bertujuan membantu para suami dan isteri dengan memberikan ilmu dan kefahaman serta dorongan dan panduan agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan baik.

Menurut timbalan pengarah KASIH 2018, En. Shahril B. Mohamad, objektif program adalah supaya setiap keluarga dapat menanamkan sikap positif dan sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan. Di samping itu, para peserta dapat mempelajari tips dan panduan dalam pengurusan rumahtangga duat.

Program yang berjaya menarik penyertaan hampir 30 pasangan suami isteri itu telah disajikan dengan dua sesi forum berasingan untuk para suami dan isteri yang mana untuk suami, sesi forum “Akulah CEO Keluarga” telah disampaikan oleh Dr Hisham Sharif dan Ust Hj Zamani Ibrahim. Manakala untuk para isteri, sesi forum “Akulah 3S” telah disampaikan oleh Ustazah Norakhilah Baharin dan Puan Norhidayah Ismail. Kemudian, satu sesi forum bersama yang bertajuk “Suami Bukan Malaikat, Isteri Bukan Bidadari” telah disampaikan oleh Dr Hisham dan Ustazah Norakhilah.

Wartawan Isma Hulu Langat

Ammar  bin Ahmad Raji

Sumber Asal : isma.org.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *