Sukarelawan Muda Mampu Menyumbang Untuk Negara

Sukarelawan Lelaki

KUALA LUMPUR, 4 Jun – “Inilah kemampuan kami”. Itulah kata keramat yang seolah dilaungkan oleh 40 orang sukarelawan Kelab Remaja Isma (KRIM) apabila selesai misi Ramadhan Outreach (RO) di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa semalam.

Tanpa kekok dan segan silu, 40 orang sukarelawan yang berumur antara 13 hingga 17 tahun ini menyantuni warga rumah kebajikan ini dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti eksperimen sains, lompat tali, futsal dan dodgeball bagi mengukir senyuman pada adik-adik yang diziarahi. Para sukarelawan muda ini juga membawa hadiah persendirian istimewa yang diberikan khas untuk warga Rumah Titian Kaseh.

Misi ini juga disertai dengan iftar jamaie dan penyampaian sumbangan bernilai RM1,850.00 beserta hamper dan plak kenangan kepada Puan Haslinda, pengurus Rumah Titian Kaseh. Sumbangan tersebut disampaikan oleh wakil sukarelawan muda, Abdul Hakeem Kamsani yang berumur 17 tahun.

CenderahatiCenderahati KRIM DHL

Pengarah program, Bilal Jailani berasa amat gembira dengan sambutan hangat dari warga Rumah Titian Kaseh, di samping komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para sukarelawan.

“Saya amat teruja dengan kemeriahan misi kali ini. Ia memang dari remaja untuk remaja. Kami abang-abang dan kakak-kakak fasilitator KRIM hanya menjadi pemerhati saja. Para remajalah yang menghiburkan warga Rumah Titian Kaseh,” ujar Bilal.

Bilal juga memuatnaik memori Ramadhan di akaun persendirian Instragram, “Ini adalah antara ibrah terbaik Ramadhan 1438H. Ziarah anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa banyak mengajar kita erti fazalikal lazi yadu3ul yatim, wala yahuddu ala to3amil miskin (Ayat 2 dan 3, Surah Al-Ma’un).

Sukarelawan Wanita

 

Disunting oleh Syaza Syazwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *