Category Archives: Aktiviti

Aktiviti anjuran ISMA DHL dan keterlibatannya dalam program lain.

Sehari Bersama Seabad Terasa

 

 

photo7960219828201918

 

Oleh: Nurul Hajjar Atan

Putrajaya, 20 Nov- “Hari ini adalah hari untuk kita berseronok bersama dan bersyukur atas nikmat ukhwah yang Allah kurniakan kepada kita di jalan dakwah ini. Tetapi ia bukan bermakna kita melupakan kerja-kerja kita yang hakikatnya tidak akan habis sehingga nafas yang terakhir.” Ucap Yang dipertua Isma DHL, Encik MohdAzib bin Asmangi,  pada Majlis penutupan Hari Keluarga kelmarin.

Ucapan perasmian penutup itu sekaligus menjadi saksi, berakhirnya Hari Keluarga Isma DHL yang diadakan di Taman Wetland, Putrajaya. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu dihadiri oleh lebih 350 ahli Isma seluruh cawangan Daerah Hulu Langat.

Bertemakan ‘Sehari bersama seabad terasa’, pelbagai aktiviti menarik yang telah diadakan. Antaranya, game war, lempar selipar, lempar sopan santun, galah panjang dan busana muslimah yang disertai oleh peserta wanita. Tidak ketinggalan, acara yang diceriakan oleh para peserta lelaki iaitu permainan tarik tali, tarik upih, boling padang dan banyak lagi.

Kanak-kanak juga tidak melepaskan peluang untuk beraksi dalam acara perah span dan rebut kerusi. Terdapat juga aktiviti lain yang menyeronokkan buat kanak-kanak seperti giant bubble dan flying high helicopter.

Program yang tamat pada jam 2.30 petang itu, diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi setiap acara yang dipertandingkan. Terdapat juga anugerah kategori kumpulan paling kreatif, kumpulan paling komited dan kumpulan terbaik kerjasama diakhir program sebagai anugerah kejutan buat para peserta.

15167607_10154209601211902_7332368398420644364_o

15110376_10154209611721902_3337187561468598260_o

 

15156797_10154209600531902_1255759508258100084_o

KASRIM mengcungkil bakat-bakat baru Futsal

14196009_1367133773328146_8028253279299099521_o

Oleh Syafiq Syahmi Sazali

VROX, BANDAR BARU BANGI, 27 OGOS – Kelab Remaja ISMA (KRIM) telah menganjurkan Karnival Sukan Remaja Islami (KASRIM) dalam konsep pertandingan Futsal. Pertandingan ini diadakan setiap tahun dengan mengumpulkan remaja-remaja berumur dari 14 tahun sehingga 17 tahun berentap kejuaraan dan piala pusingan KASRIM.

KASRIM 2016 telah berlangsung dengan jayanya dengan mengumpulkan seramai 19 kumpulan dari Bandar Baru Bangi, Kajang, Bandar Baru Salak Tinggi dan beberapa kumpulan dari Kuala Lumpur bagi merebut hadiah yang ditawar KRIM hasil sumbangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Program bermula seawal jam 9 pagi dengan acara perasmian kejohanan yang telah disempurnakan oleh Tuan Ibrahim Sharkawi, Pengarah KRIM Daerah Hulu Langat. Kesemua 19 team telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan masing-masing 5 pasukan setiap kumpulan.

” Kita hari ni dikelilingi permainan-permainan maya yang hebat, canggih dan berteknologi tinggi, antaranya permainan Pokemon Go. Hasilnya, akan lahir remaja yang hanya sibuk dengan gajet dan dunia yang diciptanya sendiri. Tapi aktiviti luar seperti futsal sebegini akan menghasilkan remaja yang cerdas, besar pengaruh dengan melebar rakan melalui perlawanan,” antara ucapan Tuan Ibrahim Sharkawi.

Empat pasukan yang berjaya ke peringkat separuh akhir adalah Nalo ft, Abam fc, Ducados fc dan Rojak Nilai fc. Kejohanan ini menyaksikan Ducados fc berjaya merangkul johan dengan mengalahkan Rojak Nilai fc dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung sengit, dan mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM 500 berserta medal
dan piala kejohanan.

14115545_1367146726660184_8630702564322278172_o

Rojak Nilai fc selaku naib johan membawa pulang hadiah wang tunai RM 300 juga berserta
medal. Tempat ketiga pula dimenangi pasukan Nalo ft dengan membawa pulang hadiah wang
tunai RM 200 beserta medal manakala tempat keempat dimenangi pasukan Abam fc.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan Yang Di Pertua (YDP) ISMA DHL, Mohd Noor Azib Asmangi. Dalam ucapannya sebelum penyampaian hadiah, beliau berkata,

“ KASRIM ini merupakan program tahunan dan ia merupakan usaha pihak ISMA untuk mendekatkan diri dengan generasi muda. Kita ingin mengetengahkan bakat-bakat remaja dalam bidang sukan, melatih anak muda supaya sentiasa bergerak aktif menghindari gejala yang tidak sihat.”

RISALAH BERTAJUK DAP: KAFIR HARBI ATAU ZIMMI BUKAN MILIK ISMA

ISMA DHL ingin merujuk kepada status facebook oleh Muhammad Suhaimi bertarikh 1 Julai berkenaan risalah DAP: KAFIR HARBI ATAU ZIMMI yang kononnya diedarkan pada hari Jumaat oleh ISMA di salah sebuah masjid di Bangi. ISMA DHL menafikan perkara ini.

Status tersebut kelihatannya berniat jahat kerana mengatakan ISMA yang menyebarkan risalah tersebut dan “menghidupkan kebencian”. Lebih teruk, status tersebut telah dikongsikan oleh ramai orang termasuk ada yang mengatakan “root of radicalisme and hatred in this country”. Tuduhan ini berniat jahat dan berunsur fitnah.

Oleh itu kami ingin sebutkan di sini:

1) ISMA DHL atau mana-mana ahli ISMA tidak pernah sama sekali menjalankan aktiviti edaran risalah pada hari tersebut (1 Julai) di mana-mana masjid di qariah sekitar Bangi.

2) Risalah Imtihan tersebut bukanlah risalah yang dicetak oleh ISMA kerana berbeza dengan format biasa risalah yang kami selalu keluarkan.

3) Isi kandungan risalah tersebut adalah tulisan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden I ISMA yang telah dimuatnaik dalam blog beliau dan portal berita ISMAweb. Apa yang dituliskan dalam artikel tersebut adalah fakta tindakan-tindakan DAP dan sekutunya yang telah menimbulkan kebencian kepada umat Islam. Sila baca artikel tersebut dengan terbuka di http://www.ismaweb.net/2016/06/zimmi-la-sangat/ . Adakah mana-mana bahagian yang salah? Mungkin mereka yang berkawan rapat dengan DAP yang rasa begitu sensitif.

4) Kami sangat kesal dengan status yang berniat provokatif dan menghasut oleh Muhammad Suhaimi yang telah viral tanpa usul periksa dan menimbulkan persepsi negatif kepada segelintir pihak. Sekiranya terbukti status Muhammad Suhaimi ini boleh menimbulkan ketegangan yang semakin melarat, kami tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang. Oleh itu adalah baiknya beliau buat kenyataan maaf dan memadam status berunsur fitnah tersebut.

Berbalik kepada isu edaran Risalah yang kononya menyebarkan kebencian. ISMA sentiasa menyebarkan risalah dakwah kepada orang ramai yang bertujuan untuk menyampaikan fikrah islam dan untuk menimbulkan kesedaran. Telah menjadi sebahagian daripada rutin untuk kami membuat edaran risalah dengan objektif tersebut. Oleh itu, edaran di surau-surau dan masjid tidaklah menjadi sesuatu yang salah sekiranya isi kandungannya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kami ingin menjemput pihak surau atau masjid yang mengetahui pihak yang menyebarkan risalah tersebut untuk tampil menghubungi kami untuk dapatkan penjelasan sekiranya perlu.

Sekian.

Setiausaha
ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat

13567162_10153828579251902_8560060860110717589_n 13615427_10153828579296902_2056633521553011249_n 13590303_10153828579361902_4694815756210143041_n

Ramadan dihayati, Rezeki dikongsi

FB_IMG_1466993582769

Oleh Nurul Hajjar Atan
“Isma merangkumi pelbagai lapisan masyarakat yang mana, setiap agensi seperti Kelab Anak-anak Hebat NAZIM, Kelab Remaja Isma (KRIM), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Isma sendiri dibentuk bagi melahirkan generasi yang mengenal al-Quran dan faham asas agama yang sebenarnya.”

Demikian ucapan aluan dari Yang Dipertua Isma Daerah Hulu Langat, Encik Mohd Azib Asmangi semasa majlis Iftar dan Bakul Kasih Ramadan anjuran Isma DHL dengan kerjasama Yayasan Ikhlas, Surau Seri Tanjung dan Surau Taman Kajang Mewah.
Majlis diserikan dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk Flat Seri Tanjung (ST), ahli Isma di sekitar Bandar Baru Bangi dan juga anak-anak syurga dari Rumah Anak Yatim As-Solihin, Banting.

FB_IMG_1466993510483

Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang majlis berlangsung bermula dari jam 10 pagi yang mana, aktiviti gotong-royong atau rewang untuk menyediakan juadah berbuka puasa dalam kalangan penduduk Flat Seri Tanjung dan ahli Isma sendiri.
Selain itu, pada sebelah petang telah berlangsungnya aktiviti mewarna dan membina masjid 3D untuk anak-anak berumur 6 hingga 12 tahun serta persembahan nasyid dari Kelab Anak-anak Hebat NAZIM.

FB_IMG_1466993431326

“ Saya sebagai wakil penduduk Flat Seri Tanjung berterima kasih kepada Isma DHL kerana sudi bersama kami menganjurkan majlis ini dan di atas sumbangan Bakul Kasih Ramadan.” Berkata Tuan Haji Arbaie selaku wakil penduduk dalam ucapannya sebagai pelengkap kepada majlis yang julung-julung kali diadakan ini.

FB_IMG_1466993468648

Majlis diakhiri dengan pembahagian sumbangan Bakul Kasih Ramadan kepada para penduduk Flat Seri Tanjung dan beberapa wakil dari ahli kariah Surau Islah, ahli kariah Bangi Lama, wakil pelajar IPT dan wakil dari Rumah Anak Yatim As- Solihin, Banting.

Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah Bawa Mesej Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam

 

BANGI, Selasa – Pelbagai aktiviti menarik dan aneka gerai pameran  akan menemui pengunjung di Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kajang pada 2 April 2016 ini, bertemakan Liberalisme: Ancaman terhadap umat Islam di Malaysia.

“Mini Karnival ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fahaman liberalisme terhadap aqidah umat Islam dan memberi kefahaman bahawa perlunya umat Islam di Malaysia ini menolak fahaman ini selain mempromosikan Isma kepada masyarakat setempat,” kata pengarah program, Puan Azura Ali, juga selaku Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kajang.

Pelbagai aktiviti menanti pengunjung seperti Peraduan Teka Silang Kata, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta beberapa persembahan seperti persembahan flashmob, dan tayangan video. Selain itu juga, pada mini karnival ini nanti, masyarakat dapat mendengar penerangan khusus tentang ancaman liberalisme ini dalam slot Speaker Corner.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Putrajaya dijemput memeriahkan karnival itu yang akan berlangsung pada hari Sabtu, bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya.

photo_2016-03-29_15-30-35