Category Archives: Berita Terkini

Berita terkini mengenai program, makluman, karya, ucapan, dan rencana berkaitan dengan ISMA DHL.

ISMA Kumpul 17,000 Tandatangan Bantah Arak

Bandar Baru Bangi, 11 Nov – Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Daerah Hulu Langat (ISMA DHL) berjaya mengutip lebih 17,000 tandatangan dalam talian (Online Petition) sebagai tanda sokongan kepada bantahan penjualan arak oleh Aeon Big (M) Sdn Bhd.

YDP ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat En. Mohd Noor Azib Asmangi ketika dihubungi berkata, syarikat tersebut perlu lebih sensitif terhadap umat Islam, kerana arak adalah perkara yang keji dan boleh menjurus kepada pelbagai kemungkaran.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua yang memberikan sokongan bantahan online tersebut, yang menandakan umat Islam boleh terus bersatu atas kepentingan bersama.

Beliau menambah, usaha-usaha yang dilakukan oleh Barisan Bertindak Bantah Arak (BBBA) yang dikelolakan penduduk Bangi adalah sangat baik dan perlu diteruskan, khususnya usaha-usaha kesepakatan dalam isu umat Islam yang lain.

ISMA DHL sangat prihatin dan mengambil berat mengenai sebarang tindakan olen mana-mana pihak yang boleh menyinggung sensitiviti umat Islam yang selari dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia.

Yudi Kurniawan Budi

Wartawan Media ISMA

Kelahiran Generasi Harapan

740105093_64054

SERDANG, 02 November: Sekalung tahniah diucapkan kepada saudara Mior Anas Mohamed dan zaujah beliau saudari Marini Hassim  di atas kelahiran mujahid mereka yang seberat 3.9kg pada jam 4.00 petang di Hospital Serdang petang kelmarin.

Semoga bayi yang belum diberikan nama ini menjadi pengikat dan penyambung kasih sayang antara pasangan ini. Seluruh warga ISMA DHL melahirkan rasa syukur dan penuh kegembiraan dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

Burika Lak Fil Mauhub,

Wa Syakartil Wahib,

Wa Ruziqti Birrahu,

Wa Balagha Ashuddahu

“Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri pemberianNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.”

Semoga kelahiran mujahid kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi penerus rantaian dakwah kelak.

Kelahiran Generasi Harapan

baby ukht farhani

BANGI, 30 Oktober: Sekalung tahniah diucapkan kepada Ustaz Rushdan Abdul Halim, YDP ISMA Kuantan dan zaujah beliau saudari Farhani Mohd Ghani di atas kelahiran mujahid mereka pada jam 3.18 di Hospital Kemaman petang kelmarin.

Semoga bayi yang belum diberikan nama ini menjadi pengikat dan penyambung kasih sayang antara pasangan ini. Seluruh warga ISMA DHL melahirkan rasa syukur dan penuh kegembiraan dengan kelahiran bayi ini dan turut mendoakan:

“Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri pemberianNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.”

Semoga kelahiran mujahidah kecil ini dapat menambah kekuatan umat Islam dan menjadi penerus rantaian dakwah kelak.

 

Pecutan Akhir SPM : Motivasikan Pelajar Menjadi Penakluk Zaman

BANGI, 2 OKTOBER 2014 – Jiwa remaja sentiasa dibelenggu pertembungan antara kebaikan dan keburukan. Jika remaja tidak jelas tentang tujuan hidup untuk beribadah dan memakmurkan dunia, maka remaja akan tewas dalam pertembungan ini dan dunia akan terus kekal dikuasai kebatilan. Oleh itu, remaja diseru untuk mempertingkatkan jati diri dan keyakinan bagi menguasai semua lapangan kehidupan terutama ilmu pengetahuan. Rentetan itu, matlamat untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan sangat dituntut terutama Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan satu titik tolak penting dalam memacu hala tuju seorang pelajar.

740105800_34436

Keyakinan bahawa remaja yang jelas hala tuju hidup bakal menjadi sang penakluk zaman ditegaskan oleh Presiden PEMBINA Universiti Putra Malaysia (UPM), Ahmad Naqiuddin bin Mohd Tahir dalam program Pecutan Akhir SPM di German Malaysian Institute (GMI), Bangi. Dalam slot Peranan Pemuda Muslim Kepada Ummah, Ahmad Naqiuddin turut mengingatkan remaja bahawa kebaikan dan keburukan tidak mungkin bertemu. Jika remaja menyibukkan diri dengan kelalaian, maka perkara-perkara kebaikan tidak mungkin menyapa jiwa kita. Perkara ini anologinya seperti Kutub Utara dan Kutub Selatan, jka kita bergerak ke arah Kutub Utara maka kita akan semakin menjauhi Kutub Selatan.

740105312_34895

Program anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Unit Kaunseling Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) ini juga telah membawa slot menarik ‘Aku Adalah Sang Juara’ yang disampaikan oleh pengurus laman sosial popular, Tarbiyah Sentap dan bekas Presiden PEMBINA Universiti Kebangsaan Malaysia, Ahmad Syukery Azizan . Beliau menegaskan bahawa remaja hari adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk zaman dan akan memecahkan monopoli kejahatan dengan syarat remaja sentiasa mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Hakikat yang dijanjikan oleh Allah bahawa dunia akan dipusakai oleh remaja yang kuat jati diri keislaman turut dikongsi Ibrahim bin Syarkawi, Presiden Kelab Remaja ISMA (KRIM) Daerah Hulu Langat dalam Slot Strategi Menguasai Gelanggang Peperiksaan. Beliau tutut berkongsi tips dan strategi untuk berjaya dalam SPM dan berkongsi kunci utama kejayaan ahli Briged al-Qassam menundukkan penindasan Yahudi ke atas Palestin yang boleh diaplikasikan oleh pelajar untuk menguasai gelanggang SPM.

740105621_34276

Secara keseluruhannya, program yang mendapat penyertaan daripada 100 orang peserta ini tutut mendapat komentar positif daripada para peserta. “Program ini memberikan impak yang besar dalam jiwa saya dan rakan-rakan untuk berubah ke arah yang lebih baik” ujar Airien Asrieta binti Abdullah, 17 tahun, salah seorang peserta Pecutan Akhir SPM. Ku Nur Syakirah binti Ku Mohd Akhir, 17 tahun pula menyedari bahawa tarbiyah adalah salah satu wasilah untuk membentengi diri dan berazam untuk mengisi borang keahlian KRIM usai program.

740106054_33633

Guru pengiring, Ustazah Juwita turut menzahirkan sekalung tahniah kepada pasukan KRIM cawangan DHL di atas segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan bagi menjayakan program ini.

Nor Faizura Said

Aktivis KRIM DHL

Apabila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung : Ubah Persepsi Remaja Tentang Makna Cinta Sebenar

SEPANG, 27 September 2014 – Cinta merupakan isu yang sering dibicarakan dalam kalangan remaja baik remaja lelaki atau perempuan. Menyedari cinta adalah fitrah yang diberikan Allah kepada setiap para hambanya, acapkali para remaja tersasar untuk menguruskan dan meletakkan cinta pada jalan yang sepatutnya. Definisi cinta agung seringkali dinodai oleh sekelompok manusia naif yang meletakkan cinta sebagai uthopia yang banyak diungkap dalam novel, drama serta filem yang berterusan mengangkat tema cinta antara Adam dan Hawa sebagai taruhan. Demikian ulasan saudara moderator, Encik Ibrahim bin Sharkawi dalam forum “Apabila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” yang diadakan di Kolej Vokasional Sepang.

bmbbk 1

Program anjuran Kelab Remaja ISMA cawangan Hulu Langat (KRIM DHL) yang mendapat kerjasama daripada Surau Al-Khawarizmi, Kolej Vokasional Sepang. Program berbentuk forum ini mengangkat tema membina syurga cinta telah memberi kesedaran kepada para pelajar akan pentingnya meletakkan prioriti dan hak mutlak cinta hanya kepada Allah dan Rasul seperti yang ditegaskan Saudara Muadz M. Zain. Selain itu, Saudari Noraimi Syazwani telah berkongsi tips membina dan menguruskan cinta di jalan yang benar serta menasihati para muslimah untuk membina kekuatan diri. Saudara Syafiq Syahmi Sazali pula telah memberi alternatif terbaik untuk memelihara diri daripada fitnah cinta dengan mengajak para remaja untuk bergiat dalam aktiviti dakwah serta program yang berunsurkan kerohanian bagi membina benteng jiwa yang kuat.

Program yang julung kalinya diadakan telah berjaya mendapat respon positif darpada 200 orang pelajar Tingkatan Lima dan Tahun Satu (Diploma). Ini dibuktikan melalui komentar membina daripada para peserta. “Saya berasa teruja dengan program ini kerana membawakan tema yang sangat relevan dalam kalangan remaja serta mendapat banyak input positif yang diterima melalui perkongsian para panelis” ujar Amizatul Aswina bt Ramlan, 17 tahun. Rakannya, Dania Syahira bt Mazlan, 17 tahun pula menyatakan bahawa program ini membawa pelajar mengetahui cara untuk menguruskan hubungan atau interaksi di antara lelaki dan perempuan khususnya semasa berorganisasi serta tip-tips untuk remaja perempuan menghindari cinta sebelum kahwin.

bmbbk 2

Guru yang hadir pada program tersebut turut menzahirkan perasaan kagum dan tahniah atas kejayaan KRIM DHL menganjurkan program Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung dengan menampilkan panelis yang hebat. Semoga program ini berjaya memberikan persepsi yang sebenar tentang cinta dan menyeru para remaja untuk membina cinta di jalan yang diredhai. Forum ini diakhiri dengan deklamasi syair cinta Syed Qutb oleh Saudara Syafiq Syahmi yang berjaya mendapat tepukan gemuruh daripada para pelajar.

Nor Faizura bt Said

Wartawan Media ISMA