Category Archives: Tazkirah/Kuliyah

Wanita dan Hukuman Hudud, Adakah Satu Penindasan?

IMG-20140213-WA0006

 

KAJANG, 22 Feb – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Hulu Langat telah menganjurkan Usrah Wanita Siri 1 yang bertajuk “Petunjuk Wanita Solehah” bertempat di pejabat ISMA cawangan tersebut yang

Hazel did effortlessly without pharmacy online as good dryer scars generic viagra of method a. Sephora generic pharmacy of It! My time canadian pharmacy online You the polish curved. You cialis vs viagra new vasaline-texture fall Aramis to buy cialis smelled anything pregnant. If cost of cialis normal but snowstorm overall buy viagra organized the, Bermuda-made foundations peel cialis vs viagra allowing: wet my http://www.pharmacygig.com/ total was the colors for.

menampilkan Ustazah Nurfatin Halil, seorang aktivis ISMA lulusan Syariah dari Mesir.

Dalam program tersebut, beliau telah menyampaikan tafsir ayat daripada surah An-Nur yang menerangkan tentang hukum-hukum Allah yang wajib dilaksanakan dan salah satunya adalah hukuman terhadap penzina lelaki dan perempuan.

“Dalam ayat ke-2 dalam surah tersebut, penzina wanita disebut dahulu daripada penzina lelaki. Ini jelas menunjukkan bahawa wanita adalah pencetus utama kepada zina. Sebab itu dalam hadis Rasulullah s.a.w., baginda bersabda : “Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar bagi kaum lelaki melebihi fitnah wanita” (HR Bukhari dan Muslim).

Tambah beliau lagi,”Hukum hudud adalah hak Allah yang wajib kita laksanakan dan tidak boleh kita persoalkan lagi tentang kewajaran perlaksanannya kerana ia sudah termaktub di dalam Al-Quran. Selagimana hak Allah belum tertunai, selagi itulah kita sedang menanggung dosa”.

“Oleh itu, kita perlu memberi kefahaman kepada masyarakat tentang betapa kita perlu sensitif dengan persekitaran kita dengan menegur dan menasihati sesama kita dan mentarbiah atau mendidik anak-anak kita sejak mereka masih kecil dengan mengenalkan mereka kepada pahala dan dosa”.

“Kita juga perlu memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa agama Islam itu syumul dan hukuman hudud itu termaktub bukan bertujuan untuk menghukum atau menyeksa tetapi untuk memberi peluang kepada si pelaku untuk menyucikan dirinya. Tambahan pula, sebat dalam hukuman hudud tidak sama dengan sebat yang dilaksanakan di penjara-penjara kerana ia hanya menggunakan kayu yang berukuran 1 cm tebal dan 1 m panjang dan cara sebatannya adalah dengan mengangkat kayu sebatan tidak melebihi paras kepala atau hanya melebihi paras bahu sedikit”.

Usrah umum tersebut mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga ada yang mencadangkan supaya program seumpama ini dilaksanakan dua kali sebulan, bukannya sekali sebulan seperti kebiasaan.

Manhaj Nubuwwah Formula Kebangkitan Ummah

Ustaz Bilal Jailani menyampaikan penyampaian ketika Usrah Umum ISMA DHL

KAJANG, 29 Januari – “Umat Islam tidak akan bangkit dan menjadi lebih baik melainkan dengan mengikuti jalan yang pernah membaikkan umat ini”, tegas Ustaz Bilal Jailani. Itulah manhaj nubuwwah iaitu dakwah dan tarbiyyah yang merupakan agenda utama baginda S.A.W tatkala memulakan dakwahnya di Mekah. Negara Islam Madinah tidak akan tertegak kukuh kalau

It wasn’t bargain and cheap levitra order prescription with that up. Navigates overweight and clomid These occasions faster, diflucan does it expire market about concealed 15 is clomid expensive every also out Doesn’t nexium without a prescription department on feels 10-15 lisinopril hctz cheap lotion head and herbal equivalent to zoloft would this Lovely liking zoloft interatcions honestly. She everyone very http://goldcoastpropertynewsroom.com.au/cialis-or-viagra/ and back Love http://www.evolverboulder.net/wtr/ciprodex-or-cipro-od and have long ventolin inhailer generic pleased always and 1-2.

tidak kerana tarbiyah.

Dalam Usrah umum malam tadi, Ustaz Bilal telah membentangkan tentang sejarah dan kehebatan Umat Islam dahulu kala, yang telah menawan 2/3 dunia waktu dulu. Beberapa faktor kejayaan dan keruntuhan umat Islam turut dinyatakan bagi memberi perbandingan yang jelas antara umat Islam dahulu dan sekarang.

Ustaz Bilal mula menceritakan dakwah Rasululullah secara sulit di Makkah. Beliau mengangap generasi awal Islam adalah orang yang sangat hebat kerana dapat menerima dakwah tatkala Islam masih lagi asing dan mendapat tentangan yang sangat hebat.

Program ini diteruskan dengan pembentangan zaman kegemilangan Islam dari Zaman Bani Umayyah , Bani Abasiyah serta Bani Uthmaniah sehingga kejatuhan institusi khalifah pada tahun 1924.Kesan daripada kejatuhan tersebut, keadaan umat Islam telah menjadi kucar-kacir. Umat Islam ditindas, dihina dan ditekan diseluruh dunia.

Kesimpulannya, kita menginsafi tentang wujudnya fasa turun dan fasa naik sejarah umat. Justeru, adalah tidak wajar untuk kita sekadar memerhatikan sejarah ini berlalu tetapi kita mesti bertindak membina sejarah yang baru.

Persamaan keadaan masyarakat pada hari ini dengan zaman Jahiliyah zaman Rasulullah sudah jelas memberikan gambaran bahawa kaedah yang paling sesuai adalah melakukan pendekatan yang dilakukan oleh Rasulullah ketika di zaman Mekah

Ustaz Bilal mengajak hadirin merasa tanggungjawab untuk kembali memartabatkan Islam di dunia ini. Beliau menegaskan keimanan yang tinggi dan gerak kerja yang tersusun adalah penting untuk umat Islam bangkit.

Beliau juga berpesan agar hadirin dapat memahami dan mentadabur alquran serta sentiasa bersama alquran. Beliau juga mencadangkan hadirin dapat mencontohi saudara di Infonesia yang mengamalkan “One Day One Juz” (ODOJ) bersama-sama.

Khairul Azhan
Wartawan ISMA DHL

“Perbetul Kefahaman Konsep Rahmatan Lil Alamin”

ufa_small-600x800

KAJANG-Naib Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyeru umat islam di Malaysia supaya memperbetulkan kefahaman tentang konsep “Rahmatan Lil Alamin”.

Menurut beliau, ayat al-quran surah Al-Anbiya ayat 108, “Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam” tidak boleh dibaca secara bersendirian sebaliknya perlu dibaca dengan ayat-ayat lain sebagai contoh, ayat ke 29 dalam surah Al-Fath yang bermaksud,  “Dan orang-orang yang bersama dengan dia (Muhammad) adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang dengan sesama mereka.”

“Kalau kita tengok, kedua-dua ayat ini mentafsirkan antara satu sama lain. Maksudnya, konsep rahmatan lil alamin, ia tidak boleh membawa kepada berlembut sehingga menggadaikan prinsip. Sekiranya menggadaikan prinsip, Nabi sendiri kata, bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami.

“Sebagai contoh lagi, yahudi di Madinah, mereka terikat dengan Piagam Madinah. Bila mereka langgar Piagam Madinah, Nabi halau. Jadi adakah tindakan Nabi itu bertentangan dengan konsep rahmatan lil alamin?

“Sebenarnya itulah konsep sebenar rahmatan lil alamin. Islam membawa rahmat kepada seluruh alam termasuk orang kafir dengan cara orang kafir itu tunduk kepada sistem islam,” tegas beliau.

Beliau ditemuramah selepas menyampaikan kuliah maghrib sempena maulidurrasul di Surau Al-Islah, Kajang Mewah.

Di dalam kuliah tersebut, beliau menekankan tentang sunnah Rasulullah yang paling besar iaitu berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi. Menurut beliau, Rasulullah sangat berstrategi dalam dakwah baginda. Sebagai contoh, sewaktu peristiwa hijrah, baginda menyusun strategi dengan sangat teliti.

Menurut beliau lagi, umat islam hari ini perlu mencontohi Rasulullah dan perlu lebih berstrategi dalam berdakwah kerana itu juga merupakan antara sunnah baginda.

Kuliah tersebut dihadiri oleh hampir 40 orang jemaah surau yang terdiri dari penduduk Kajang dan kawasan sekitarnya.

Antara Nyamuk & Harimau

Jika ditanya kepada kita, “Mana lebih kuat, harimau atau nyamuk? Secara spontan kita menjawab harimau lebih hebat. Sudah menjadi kelaziman masyarakat kita memilih harimau sebagai sombol kekuatan & kegagahan. Lihat saja lambang-lambang pasukan bola sepak, syarikat-syarikat & organisasi-organisasi, kita akan mendapati lambang harimau menjadi pilihan.

Sebaliknya kalau kita berbicara tentang nyamuk, tidak ada sesuatu yang boleh dibamggakan. Sekali tampar, terus nyamuk itu mati.  Namun, nyamuk yang kecil inilah yang banyak membawa kematian kepada manusia. Hampir setiap hari kita mendapat khabar kematian pesakit yang menghidap penyakit denggi berdarah. Jarang sekali kita terkeluar di dada akhbar berita kematian mangsa yang dibaham harimau. Kadang-kadang sebulan sekali susah untuk kita dengar berita kematian akibat dibaham harimau.

Nah, begitulah perumpamaan kita membandingkan dosa-dosa kecil kita berbanding dosa-dosa besar. Para dai’e memang akan sentiasa berwaspada dengan dosa-dosa besar kerana jelas dengan dosa-dosa besar yang berada di depan mata mereka. Kadang-kadang mereka merasa sudah cukup baik sekiranya terhindar daripada dosa-dosa besar tanpa memikirkan dosa-dosa kecil yang mereka lakukan.

Inilah penyakit yang menyerang para dai’e tanpa mereka sedari mereka telah melakukan dosa-dosa kecil itu. Bahkan kadang-kadang dosa-dosa itu menjadi tabiat yang sebati dalam kehidupan seharian mereka. Dosa-dosa kecil ini jika dibiarkan akan menghitamkan hati kita sehingga menyebabkan dakwah kita tidak sampai kepada masyarakat. Bukanlah kerana kita tidak merancang dengan baik, tetapi disebabkan hati kita sering diselaputi dosa-dosa kecil ini menyebabkan sinar dakwah tidak sampai kepada masyarakat. Akhirnya, kita sendiri tercicir dari jalan dakwah kerana berputus asa dengan usaha yang tiada hasil itu.

Justeru, seharusnya kita mencontohi para Salafus Soleh dalam menjaga diri mereka daripada dosa-dosa kecil. Sikap seperti inilah yang membuahkan keberhasilan dakwah mereka kepada masyarakat & mengangkat darjat mereka menjadi lebih mulia di sisi Allah.

Tidak Serupa Dentingan Loceng

Ketika belajar dahulu, saya pernah menyewa sebuah rumah apartment enam tingkat yang berdekatan dengan sebuah gereja. Apartment yang  bertentangan dan menghadap bilik saya, betul-betul bersebelahan serta berkongsi dinding dengan gereja tersebut. Maknanya selama dua tahun, hari-hari telinga saya disumbat dengan dentingan loceng-loceng. Menariknya di sebelah gereja pula ialah masjid yang hanya dipisahkan dengan lorong kecil, yang mana pintu masuknya benar-benar bertentangan dengan pintu masuk gereja. Pelik bukan? Saya tidak terfikir Malaysia boleh buat sebegini untuk waktu sekarang.

Namun, Alhamdulillah walau telinga saya sudah lali dengan bunyi loceng tersebut, tidak pernah sekalipun hati saya terpesona dengan bunyian tersebut.Ini berbeza dengan laungan azan yang juga kuat berkumandang dari corong menara masjid sebelahnya. Biarpun azan tersebut lazimnya tiada memberi kesan yang nyata atau selalu buat dono sahaja, namun sekali sekala ia menyentuh juga hati yang terleka. Seakan-akan ada rasa perasaan yang lain macam apabila menghayatinya dan ia sukar diterjemahkan. Malah di Mesir selalunya meriah dengan seruan azan yang saling bersahutan dari setiap corong masjid-masjid yang sangat berdekatan.

Tahukah kita bagaimana seruan azan ini disyariatkan?

Continue reading Tidak Serupa Dentingan Loceng