KELUARGA & MASYARAKAT

Keluarga merupakan unit asas di dalam masyarakat. ISMA memberi tumpuan membangunkan wanita dan keluarga bagi melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa yang seterusnya mampu mengatasi pelbagai masalah sosial yang dihadapi pada hari ini.
ISMA mementingkan penerapan budaya ilmu di kalangan keluarga Muslim. Kecenderungan untuk menuntut ilmu perlu dipupuk sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti sesama ahli keluarga. Menyedari hakikat ini, ISMA telah melancarkan Modul Usrah Keluarga sejak tahun 2010 untuk membantu masyarakat melaksanakan sesi-sesi ilmu di rumah mereka.
Selain daripada itu, bengkel-begkel keibubapaan turut dianjurkan bagi memberikan kemahiran-kemahiran penting kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak soleh yang cemerlang. Program-program keibubapaan ini dilaksanakan oleh semua cawangan ISMA di seluruh negara.

PEMUDA & WANITA

Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Di atas asas kefahaman tersebut, ISMA mengambil langkah serius dalam usaha membina generasi baru dalam segenap aspek di setiap peringkat umur. Terkini, ISMA mewujudkan Biro Pemuda dan PEMBINA sebagai petunjuk kesungguhannya bagi mendekati dan membimbing anak bangsa di kalangan pemuda, tidak kira di mana mereka berada.
Bagi golongan wanita pula, wanita adalah tunjang keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dan masyarakat. Ibarat pepatah, rosak wanita maka tumbanglah negara. Dengan itu, ISMA memperkasakan wanita melalui Biro Wanita. Selain membangunkan ketokohan dan kepimpinan wanita, ISMA menekankan asal perjuangan bermula dari rumah.

REMAJA & ANAK-ANAK

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini ISMA tidak mengabaikan pembangunan sahsiah remaja dan anak-anak melalui Kelab Remaja Isma (KRIM) dan Nadi al-Azim (NAZIM). Pelbagai program yang direncanakan untuk mencungkil bakat dan menggarap potensi pelapis negara.

Mengenai Kami

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Hulu Langat merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

Visi

Membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama.

Misi

Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi

Apa Yang Kami Sediakan

  • Tarbiah
  • Masyarakat
  • Pembinaan Ahli

Ikuti Kami Di Facebook

Lokasi