Ikatan Muslimin Malaysia Daerah Hulu Langat
Logo Ikatan Muslimin Malaysia

PENGENALAN

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah-tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!

ISMA merupakan sebuah entiti yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. Dengan misinya untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi, ISMA berazam untuk memberi impak kepada masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti. ISMA komited dalam mencapai matlamat penubuhannya di samping mempunyai ahli-ahli yang konsisten melaksanakan program dan aktivitinya.

ISMA berusaha mengajak masyarakat kepada kesejahteraan dan keutuhan keluarga sebagai aset kekuatan dalam pembentukan masyarakat kerana ISMA mahu mencorakkan bangsa ke arah kemajuan, berdaya saing dan mampu menjadi sebuah entiti yang mewarnai kepimpinan masa depan.

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari segi aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja, belia serta wanita.

ISMA bukan parti politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang kegiatan politik kepartian.

TUJUAN DAN MATLAMAT

  • Menggabungkan dan menyatukan semua warga negara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dan beragama Islam dalam sebuah pertubuhan yang melaksanakan segala bentuk aktiviti dan program dalam bidang kebajikan, sosial, ekonomi dan pendidikan ke arah pembentukan peribadi Muslim yang berwibawa dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
  • Menggembeling kepakaran dan pengalaman ahli-ahli dan sukarelawan yang berminat ke arah berkhidmat untuk masyarakat di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Mewujudkan sebuah pusat sumber sebagai tempat rujukan ahli dan masyarakat dalam proses penyelidikan dan pengembangan ilmu pengetahuan.
  • Menjadi anggota kepada pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam dan luar negara yang mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat yang sama dengan ISMA serta menerima keanggotaan pertubuhan-pertubuhan tersebut.
  • Menjalinkan kerjasama dan menjalankan aktiviti dengan pertubuhan-pertubuhan di dalam dan luar negara dalam menjayakan matlamat dan tujuan ISMA demi kebaikan dan kepentingan masyarakat.
  • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dan latihan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi ahli dan masyarakat.
  • Menyedia, menerbit dan menyalurkan maklumat-maklumat yang melibatkan kepentingan ahli dan masyarakat melalui saluran-saluran media yang dibenarkan oleh pihak berkuasa secara kerjasama dengan pihak media massa di dalam dan luar negara.
  • Menerima dan menguruskan sumbangan-sumbangan sama ada dalam bentuk wang atau selainnya daripada ahli-ahli¬† ISMA sendiri (selain daripada yuran keahlian) atau daripada mana-mana pihak individu atau institusi/syarikat/firma dari dalam dan luar negara dan sebagainya yang berminat untuk membantu ke arah pencapaian tujuan-tujuan dan maksud ISMA.

ISMA Cawangan Hulu Langat adalah salah satu daripada cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM/SEL.1688/96-12.

 

Ahli-ahli Jawatankuasa ISMA Cawangan Hulu Langat (terbaru)

carta-organisasi-ISMA-DHL

*Biro Dakwah kini diterajui oleh Ustaz Zaizul

1 Comment

  1. hAuNM 08/06/2009 at 9:53 am

    kami menyokong penuh ISMA……
    selamat maju jaya…

Reply Cancel

Your email address will not be published. Required fields are marked *

north face jacket sale, ralph lauren sale, louis vuttion bags uk, michael kors bags uk, moncler outlet uk, ralph lauren online shop, cheap ralph lauren, christian louboutin sale, louis vuttion outlet, ralph lauren online