Tag Archives: liberal

Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah Bawa Mesej Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam

 

BANGI, Selasa – Pelbagai aktiviti menarik dan aneka gerai pameran  akan menemui pengunjung di Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kajang pada 2 April 2016 ini, bertemakan Liberalisme: Ancaman terhadap umat Islam di Malaysia.

“Mini Karnival ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fahaman liberalisme terhadap aqidah umat Islam dan memberi kefahaman bahawa perlunya umat Islam di Malaysia ini menolak fahaman ini selain mempromosikan Isma kepada masyarakat setempat,” kata pengarah program, Puan Azura Ali, juga selaku Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kajang.

Pelbagai aktiviti menanti pengunjung seperti Peraduan Teka Silang Kata, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta beberapa persembahan seperti persembahan flashmob, dan tayangan video. Selain itu juga, pada mini karnival ini nanti, masyarakat dapat mendengar penerangan khusus tentang ancaman liberalisme ini dalam slot Speaker Corner.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Putrajaya dijemput memeriahkan karnival itu yang akan berlangsung pada hari Sabtu, bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya.

photo_2016-03-29_15-30-35

 

Jemputan Ke Seminar Ancaman Serangan Akidah – Bahaya Syiah & Liberalisme

Seminar Ancaman Serangan Akidah - Bahaya Syiah & Liberalisme

 

Muslimin dan Muslimat khususnya yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi, dijemput menghadiri Seminar Ancaman Serangan Akidah – Bahaya Syiah dan Liberalisme anjuran bersama ISMA DHL & Jabatan Agama Islam Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Jabatan Kerjaraya dan Majlis Perbandaran Kajang pada:

Tarikh: 26 November 2013
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Utama Kompleks Islam, Daerah Hulu Langat, Persiaran Kemajuan Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
Koordinat GPS: 2.940499, 101.763202
Masa: 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari
Penceramah:
1) Ustaz Mohamad Ismail, Ketua Unit Kajian Syiah ISMA
2) Ustaz Hazizi Abd Rahman, Pengerusi Biro Pembangunan Kepimpinan ISMA

Semua dijemput hadir! Sebarkan!

Ayuh meriahkan Seminar ini bersama-sama.

Seminar Ancaman Serangan Akidah - Bahaya Syiah & Liberalisme

Kerjasama Dakwah Mampu Membanteras Ancaman Liberalisme

5 Disember 2011 (Bandar Baru Bangi) – Satu pertemuan antara Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Hulu Langat (ISMA DHL), Saudara Mohd Noor Azib Asmangi dengan YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB), Dr Tajul Ariffin Noordin telah diadakan untuk menjalin hubungan baik antara kedua organisasi dan mengenal pasti ruang kerja sama dakwah yang boleh dimainkan oleh ISMA DHL bersama PPBBB, di dalam mengesani masyarakat di Bandar Baru Bangi.

Setiausaha ISMA DHL, Saudara Khairudin Mohd Ali memberitahu wartawan media bahawa dalam pertemuan singkat yang diaturkan itu beberapa perkara telah dibincangkan antaranya program atau kempen selamatkan ummah bersempena tahun baru 2012 serta kemudahan dewan yang bakal dimanfaatkan orang ramai di Kompleks Pendidikan Seksyen 16 yang dijangka siap pertengahan 2012.

Beliau menambah, “Pertemuan berikutnya akan diadakan bersama Timbalan YDP merangkap Ketua Biro Dakwah PPBBB, Hj Ghazali Abbas, bagi membincangkan butiran lanjut bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan.”

Menurut Saudara Azib, “Apa yang kita hajatkan ialah usahasama untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah Islam antaranya untuk menjelaskan ancaman liberal yang makin menghambat umat islam. Kita (ISMA) boleh menyumbang tenaga dan PPBBB boleh memberikan sokongan dan juga mungkin bantuan dana.”

“Saya lihat ISMA ramai tenaga muda yang sangat bagus dan kerjasama ini sangat tepat pada masanya,” ulas Dr. Tajul semasa beliau mempelawa untuk ahli ISMA terlibat lebih aktif dalam persatuan penduduk.