Tag Archives: malaysia

Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah Bawa Mesej Ancaman Liberalisme Terhadap Umat Islam

 

BANGI, Selasa – Pelbagai aktiviti menarik dan aneka gerai pameran  akan menemui pengunjung di Mini Karnival Kempen Selamatkan Ummah anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kajang pada 2 April 2016 ini, bertemakan Liberalisme: Ancaman terhadap umat Islam di Malaysia.

“Mini Karnival ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya fahaman liberalisme terhadap aqidah umat Islam dan memberi kefahaman bahawa perlunya umat Islam di Malaysia ini menolak fahaman ini selain mempromosikan Isma kepada masyarakat setempat,” kata pengarah program, Puan Azura Ali, juga selaku Ketua Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Isma Kajang.

Pelbagai aktiviti menanti pengunjung seperti Peraduan Teka Silang Kata, Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, serta beberapa persembahan seperti persembahan flashmob, dan tayangan video. Selain itu juga, pada mini karnival ini nanti, masyarakat dapat mendengar penerangan khusus tentang ancaman liberalisme ini dalam slot Speaker Corner.

Orang ramai khususnya penduduk sekitar Putrajaya dijemput memeriahkan karnival itu yang akan berlangsung pada hari Sabtu, bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari di Medan Selera Seri Teja, Precint 9, Putrajaya.

photo_2016-03-29_15-30-35

 

Jemputan ke Dialog Masa Depan Agenda Islam

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan satu program yang dinamakan Dialog Masa Depan Agenda Islam dalam Menghadapi Cabaran Semasa di Malaysia & Antarabangsa. Butiran lanjut boleh lawati http://agendaislam.wordpress.com/.

Daftar segera, tempat adalah terhad!

Pendaftaran online : http://borangdialog.ismaweb.net

Jemputan ke Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara (SEMAIAN)

Bersempena Sambutan Nuzul Quran

PEMBELA & DAMAI akan menganjurkan

“Seminar Mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara”

Tarikh: 17 Ogos 2011/ 17 Ramadhan 1432 (Rabu)

Masa: 2.00 petang hingga 7.00 petang

Tempat: Dewan Solat Bawah,

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Luangkan masa anda & sebarkan maklumat ini.

2:00 ptg Pendaftaran

2:15 ptg Perasmian Seminar

2:30 ptg Kertas Kerja 1:

“Ancaman Terhadap Kedudukan Islam di Malaysia”

Ustaz Abdullah Zaik – ISMA

3:30 ptg Kertas Kerja 2:

“10 Salah Tanggapan Mengenai Kedudukan Islam di Malaysia”

Haji Muhammad Naser Disa – DAMAI

4:30 – Rehat/Solat Asar

5:00 – Forum – “Mempertahankan Kesucian Aqidah Islam”

Panelis:

Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar -PPMM

Haji Muhammad Naser Disa – DAMAI

Dr. Yusri Mohamad – PEMBELA/Yayasan Sofa

Juadah Berbuka PUASA disediakan

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi;

Urusetia Program Sdr. Burhan Tel: 016-3956497

Di Sebalik “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”

Video ini memaparkan kisah di sebalik tabir bagaimana wujudnya slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” dalam agenda perjuangan ISMA untuk meletakkan Islam di kedudukannya yang tertinggi dalam konteks perjuangan Islam di Malaysia sebagaimana yang dituntut oleh agama ini.

Ia bertujuan untuk memberi kefahaman dan pendedahan tentang proses-proses pemikiran dan pengalaman-pengalaman yang ditempuhi oleh Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA dalam membawa ahli-ahli ISMA khususnya dan masyarakat amnya ke arah cara fikir dan agenda yang besar ini.

Video ini telah ditayangkan pertama kali di Mesyuarat Agung Tahunan ISMA ke-12 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur pada 26 Mac 2011.