Day: November 1, 2019

Gajet Rencatkan Pembangunan Kognitif dan Psikomotor Kanak-kanak

Oleh: Shafa Ayeop IPOH, 20 Oktober – Perkembangan teknologi digital yang semakin pesat telah banyak merubah cara hidup manusia. Tidak dinafikan bahawa teknologi digital juga telah membantu menyelesaikan banyak perkara terutamanya dalam hal berkaitan komunikasi. Gajet merupakan alat peranti yang semakin popular di kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa malahan kanak-kanak juga …

Gajet Rencatkan Pembangunan Kognitif dan Psikomotor Kanak-kanak Read More »

Kempen BMF boleh berjaya tanpa campur tangan politik

BANGI, 1 Rabiulawal 1441H, Selasa – Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim First (BMF) besar kemungkinan lebih berjaya daripada Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dalam memangkin ekonomi umat Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pusat gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman Al Hakim yakin matlamat itu dapat dicapai sekiranya kempen BMF dipromosi dan dilaksanakan dengan agresif tanpa sebarang campur tangan politik.

“Selama puluhan tahun kita terlalu percaya dengan DEB, lantas kita terlupa kekuatan sebenar yang ada pada setiap diri kita dengan persepakatan dan perpaduan.

“Kegagalan kerajaan dahulu kini digantikan pula dengan kerajaan baharu yang amat rakus untuk menghapuskan DEB,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Lukman berkata, memang pada realitinya, mereka boleh menghapuskan DEB, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera serta semua kelebihan penduduk asal Tanah Melayu.

Namun, tegasnya, mereka sekali-kali tidak akan mampu memadamkan gelombang kebangkitan akar umbi dari bangsa majoriti Malaysia ini.

“Ayuh perlahan-lahan kita bertatih, jangan pernah rasa letih, terus berjuang sehingga dominasi kuasa ekonomi beralih!,” katanya.

Kempen Beli Produk Muslim digerakkan oleh Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan Abata Commerce.

Kempen berkenaan selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga serta ekonomi Islam, ia juga bertujuan mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara

Wanita bengkok seperti tulang rusuk?

BERWASIATLAH dan berbuat baiklah kalian kepada wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Bahagian yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah bahagian yang paling atasnya. Jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya. Dan apabila kamu biarkan sahaja maka dia tetap bengkok. Maka itu berwasiatlah kepada wanita dengan baik. (Bukhari: Bab: Berwasiat dengan wanita, no: 4787)

Di dalam hadis ini baginda ﷺ telah mengumpamakan kejadian wanita seperti kejadian tulang rusuk yang telah ditentukan Allah SWT dengan kejadiannya yang bengkok. Maka adakah hadis ini menggambarkan kelemahan serta kerendahan buat kaum wanita?

Wanita Itu ‘bengkok’?

Wanita berbeza dengan lelaki dari segi penciptaan di mana dalam diri wanita itu mempunyai beberapa perkara yang baginda ﷺ menyifatkannya sebagai ‘bengkok’. Bengkok adalah lawan dengan lurus. Keseimbangan dan kestabilan emosi adalah lurus manakala cepat sensitif diistilahkan sebagai bengkok.

Tidak dinafikan wanita biasanya adakalanya dikalahkan oleh perasaannya sehingga mereka banyak hilang sikap bijaksana dalam mengambil satu-satu keputusan. Akibat cepat emosi tersebut, perasaan wanita sering berubah-ubah.

Kerana itulah baginda ﷺ meminta kaum lelaki agar bersikap sabar dalam berhadapan dengan perilaku dan jangan berkasar kerana ia tidak akan membawa kebaikan buatnya malah mungkin akan menghancurkannya sepertimana sabda Rasulullah ﷺ :

“Jika kamu berusaha meluruskannya, maka kamu mematahkannya.”

Akan tetapi perasaan begini bukanlah satu kelemahan bagi wanita. Perasaan sensitiviti dan emosi hakikatnya diperlukan dalam banyak keadaan.

‘Bengkok’ adalah keistimewaan dan kelebihan wanita

Apabila baginda ﷺ menyatakan bahawa wanita itu diciptakan bengkok bukanlah satu kerendahan bahkan hakikatnya ianya satu keistimewaan dan kelebihan buat wanita. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT telah menjadikan wanita itu diciptakan mempunyai emosi dan perasaan yang tinggi serta hati yang lebih lembut berbanding kaum lelaki.

Emosi dan perasaan yang tinggi serta hati yang lebih lembut berbanding kaum lelaki hakikatnya amat diperlukan oleh pada wanita dalam ia menunaikan tugasnya yang asasi.

Tugas ibu yang mengandung, menyusu serta memelihara anak-anak amat memerlukan kepada perasaan yang halus, rasa sensitiviti dan emosi yang tinggi. Hingga si ibu mampu untuk menyelami perasaan si anak, menjiwai kegembiraan dan kesedihan mereka dan merasai kepayahan dan kegusaran mereka.

Dengan emosilah si ibu menasihati anak-anak dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus. Dengan emosilah si ibu dapat menyelami perasaan dan kehendak anak-anak.Seorang suami juga memerlukan seorang isteri yang lembut, mudah memahami dan menyelami untuk menjamin kehidupan rumah tangga yang sejahtera dan harmoni.

Malah emosi begini juga amat penting untuk menaikkan semangat sebagaimana Saidatina Khadijah yang meniupkan semangat kepada baginda SAW tatkala baginda terkejut menerima wahyu pertama dari Jibril AS.

Hadis memartabatkan kedudukan wanita

Jelas bahawa baginda ﷺ memartabatkan kaum wanita menerusi hadis ini. Di dalam hadis ini, baginda SAW menegaskan dan menjelaskan tabiat semulajadi dan kejadian wanita yang sarat dengan ‘emosi’ adalah satu keperluan dalam kehidupan.

Kejadian wanita yang sedemikan adalah merupakan satu kejadian Allah SWT untuk menyempurnakan kehidupan manusia sebagaimana tulang rusuk yang bengkok itu menyempunakan kejadian seorang manusia.

Maka disebabkan kejadiannya yang semulajadi bengkok itu, baginda ﷺ melarang kita dari melakukan kekerasan terhadap wanita sebagaimana kita tidak mungkin boleh meluruskannya walaupun dengan pembedahan kerana ia hanya akan menghancurkan tulang rusuk itu.

Maka kita perlu kekalkan ‘bengkok’nya rusuk itu sebagaimana kita perlu menerima kejadian ‘bengkok‘nya seorang wanita.

Ketua Wanita Isma
Ustazah Suriani Sudi