Siapa Kami?

Pengenalan

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan.

Isma Bersama

Masyarakat

Kebaikan buat seluruh masyarakat

ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita. ISMA juga bergerak aktif di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk “mengesani” masyarakat, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten dalam melaksanakan usaha-usaha yang dijalankan.

ISMA DHL

Cawangan Berdaftar

ISMA Cawangan Hulu Langat adalah salah satu daripada cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Misi

Membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam serta penguasaan budaya ilmu, kehidupan sihat, perancangan dan teknologi.

Visi

Isma menjadi sebuah jemaah Islam qudwah yang mempelopori amal Islami, memimpin pandangan umum, menjadi pengimbang kuasa, tempat rujukan yang diterima dan mendapat kepercayaan masyarakat menjelang tahun 2020.

Jawatankuasa ISMA DHL

FAQs

ISMA berjuang untuk membentuk minda bangsa Melayu dengan merujuk kepada Al-Qur’an, As-Sunnah, sejarah dan berdasarkan realiti semasa umat Islam. ISMA komited untuk melakukan segala usaha ke arah menyuburkan dan memperkasakan keperibadian dan jatidiri keislaman bangsa Melayu, memperkukuhkan pegangan mereka kepada sejarah bangsa dan nilai budayanya, serta membangunkan sahsiah yang holistik dan berdaya maju. ISMA menyeru bangsa Melayu supaya bersepakat untuk mendaulatkan Islam menerusi slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”. Seruan ini merupakan suatu penyelesaian praktikal terhadap kemelut politik bangsa Melayu di Malaysia.

Keluarga merupakan unit asas di dalam masyarakat. ISMA memberi tumpuan membangunkan wanita dan keluarga bagi melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa yang seterusnya mampu mengatasi pelbagai masalah sosial yang dihadapi pada hari ini.
ISMA mementingkan penerapan budaya ilmu di kalangan keluarga Muslim. Kecenderungan untuk menuntut ilmu perlu dipupuk sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti sesama ahli keluarga. Menyedari hakikat ini, ISMA telah melancarkan Modul Usrah Keluarga sejak tahun 2010 untuk membantu masyarakat melaksanakan sesi-sesi ilmu di rumah mereka.
Selain daripada itu, bengkel-begkel keibubapaan turut dianjurkan bagi memberikan kemahiran-kemahiran penting kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak soleh yang cemerlang. Program-program keibubapaan ini dilaksanakan oleh semua cawangan ISMA di seluruh negara.

ISMA sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan doktrin Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru ISMA terkehadapan dalam membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap anasir-anasir yang mengancam identiti dan aqidah mereka seperti ideologi serta gerakan kristianisasi, liberalisme, sekularisme, pluralisme, syiah dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). ISMA juga lantang dalam mempertahankan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia serta menolak campur tangan asing dalam menentukan masa depan negara. Atas dasar ini, ISMA menolak sekeras-kerasnya tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada kerajaan agar menghapuskan keistimewaan orang Melayu, memberi hak kepada orang Islam untuk murtad dan mengiktiraf hak golongan minoriti LGBT untuk mengamalkan orientasi seksual songsang mereka. Menerusi kempen besar-besaran di seluruh negara, ISMA berjaya mengajak sejumlah 740,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen anti-Comango dalam tempoh yang singkat. 

ISMA amat mengambil berat soal kebajikan dan keperluan masyarakat di peringkat setempat mahupun di peringkat antarabangsa. Pelbagai sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, ISMA telah menubuhkan sebuah yayasan khas, iaitu Yayasan Ikhlas bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan. Keseluruhan agenda perjuangan ISMA boleh dirangkumkan dalam slogan Membangun Umat Beragenda. Slogan ini membayangkan cita-cita mulia ISMA untuk membina generasi umat Islam, terutamanya orang Melayu di tanahair tercinta ini, agar lahir sebagai umat yang tidak mudah diperkotak katikkan oleh agenda asing, bahkan mampu memimpin umat-umat yang lain, melalui agenda kehidupan yang jelas membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan yang hakiki.

Ingin Dapatkan Info Terkini?

Sertai kami sekarang dapatkan info sekitar Daerah Hulu Langat