Produk Kami

Kami melahirkan ramai pemimpin melalui program-program berikut

ISMA
- Kesukanan
- Perkhemahan
- Seminar untuk Pelajar
- Seminar untuk Keluarga
- Keusahawanan
- Bantuan Kemanusiaan

KRIM
- Pembangunan sahsiah
- Latihan kemahiran
- Pembangunan sukan
- Peningkatan akademik

Mukmin yang kuat itu lebih disukai

Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah, namun pada masing-masing (dari keduanya) ada kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan jangan menjadi lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, jangan berkata seandainya aku berbuat begini, maka akan begini dan begitu, tetapi katakanlah Allah telah menakdirkan, dan kehendak oleh Allah pasti dilakukan. Sebab kata ‘seandainya’ itu dapat membuka perbuatan setan.” [HR. Muslim].

Ingin Dapatkan Info Terkini?

Sertai kami & dapatkan info semasa

Isma bekerjasama dalam membina persekitaran yang positif

Persekitaran yang positif akan melahirkan umat yang hebat

Play Video

FAQs

ISMA berjuang untuk membentuk minda bangsa Melayu dengan merujuk kepada Al-Qur’an, As-Sunnah, sejarah dan berdasarkan realiti semasa umat Islam. ISMA komited untuk melakukan segala usaha ke arah menyuburkan dan memperkasakan keperibadian dan jatidiri keislaman bangsa Melayu, memperkukuhkan pegangan mereka kepada sejarah bangsa dan nilai budayanya, serta membangunkan sahsiah yang holistik dan berdaya maju. ISMA menyeru bangsa Melayu supaya bersepakat untuk mendaulatkan Islam menerusi slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”. Seruan ini merupakan suatu penyelesaian praktikal terhadap kemelut politik bangsa Melayu di Malaysia.

Keluarga merupakan unit asas di dalam masyarakat. ISMA memberi tumpuan membangunkan wanita dan keluarga bagi melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa yang seterusnya mampu mengatasi pelbagai masalah sosial yang dihadapi pada hari ini.
ISMA mementingkan penerapan budaya ilmu di kalangan keluarga Muslim. Kecenderungan untuk menuntut ilmu perlu dipupuk sejak kecil lagi melalui aktiviti-aktiviti sesama ahli keluarga. Menyedari hakikat ini, ISMA telah melancarkan Modul Usrah Keluarga sejak tahun 2010 untuk membantu masyarakat melaksanakan sesi-sesi ilmu di rumah mereka.
Selain daripada itu, bengkel-begkel keibubapaan turut dianjurkan bagi memberikan kemahiran-kemahiran penting kepada ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka menjadi anak-anak soleh yang cemerlang. Program-program keibubapaan ini dilaksanakan oleh semua cawangan ISMA di seluruh negara.

ISMA sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan doktrin Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru ISMA terkehadapan dalam membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap anasir-anasir yang mengancam identiti dan aqidah mereka seperti ideologi serta gerakan kristianisasi, liberalisme, sekularisme, pluralisme, syiah dan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender). ISMA juga lantang dalam mempertahankan hak dan kepentingan umat Islam di Malaysia serta menolak campur tangan asing dalam menentukan masa depan negara. Atas dasar ini, ISMA menolak sekeras-kerasnya tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada kerajaan agar menghapuskan keistimewaan orang Melayu, memberi hak kepada orang Islam untuk murtad dan mengiktiraf hak golongan minoriti LGBT untuk mengamalkan orientasi seksual songsang mereka. Menerusi kempen besar-besaran di seluruh negara, ISMA berjaya mengajak sejumlah 740,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen anti-Comango dalam tempoh yang singkat. 

ISMA amat mengambil berat soal kebajikan dan keperluan masyarakat di peringkat setempat mahupun di peringkat antarabangsa. Pelbagai sumbangan dihulurkan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, ISMA telah menubuhkan sebuah yayasan khas, iaitu Yayasan Ikhlas bagi melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan. Keseluruhan agenda perjuangan ISMA boleh dirangkumkan dalam slogan Membangun Umat Beragenda. Slogan ini membayangkan cita-cita mulia ISMA untuk membina generasi umat Islam, terutamanya orang Melayu di tanahair tercinta ini, agar lahir sebagai umat yang tidak mudah diperkotak katikkan oleh agenda asing, bahkan mampu memimpin umat-umat yang lain, melalui agenda kehidupan yang jelas membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan yang hakiki.